JuNDub JuNaDah

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." ~Ali Imran:139

MEKAR 2011 06/03/2011

Filed under: Uncategorized — JuNDub JuNaDah @ 11:15 PM

 

 

ayuh semua!Sertai Mesra Kembara (MEKAR) anjuran Light of Faith pada 1-3 April 2011 di Beaumanor Park, Loughborough. Bertemakan ‘BERUKHUWAH SAMPAI KE SYURGA’.
Banyak aktiviti menarik insyaAllah yang akan membuatkan kita lebih memahami makna sebenar ukhuwah.Juga menguji sejauh mana ‘ketelusan’ ukhuwah kita.

Kenali dua tetamu jemputan,

Dr Ugi Suharto: Lahir di Indonesia dan kemudian menyambung pengajian di Malaysia (IIUM).Dianugerahkan dengan gelaran pangkat Ph.D dalam bidang Islamic Civilization (majoring in Islamic Economics) pada tahun 2000 di International Institute of Islamic Thought and Civilization (Istac). Kunjungi website beliau di http://staff.iiu.edu.my/ugi/

“Para ulama, cendikiawan Muslim, dan para sarjana Islam mesti meluruskan barisan menyatukan misi dan visi untuk Islam, baru ekonomi Islam akan bisa maju. Kita mesti saling bantu membantu dalam hal yang kita sepakati, dan saling memaafkan dalam hal-hal yang tidak kita sepakati.” Dr.Ugi Suharto

Hilal Asyraf: Merupakan pelajar dalam bidang Usuluddin di University of Yarmouk, Irbid, Jordan dari 2008-sekarang. Salah seorang penulis blog langitilahi.com dengan tagline nya ‘Mari Menjadi Hamba’.Terkenal dengan penulisan yang banyak berkisar tentang kebergantungan hamba terhadap Tuhan dan juga ukhuwah yang berpaksikan iman.Juga banyak menulis buku/novel tarbiah rohani. Kunjungi blog beliau di http://langitilahi.com/ .

Yuran: GBP 35
Tarikh tutup pendaftaran: 13 Mac
Pendaftaran online:

https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dGN3TlZ6Z2Q0NEVuWXRpLUJFeXJKU1E6MQ

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

email: perkongsian_online@yahoo.com
muslimin: Lutfi 07407241553
muslimat: Syahidah 07586658177

terbuka buat semua ^^
ayuh MEKARkan semangat ukhuwah kita! :)

 

 

 

Hidup ini Perniagaan~ 16/01/2011

Filed under: tatapan Hati — JuNDub JuNaDah @ 8:59 AM

Hidup ini adalah Perniagaan.
Semua kita Ahli Perniagaan.
Modal, Kehidupan di Dunia yang Dipinjam.
Misi dan Visi, Keredhaan Allah.
Risiko, Dunia yang Menggoda.
Keuntungan, Ganjaran Syurga yang Sejahtera.
Kerugian, Azab Neraka yang Pedih.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Maukah aku tunjukkan kepada kamu satu ‘perniagaan’ yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. (Iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu, Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Diampunkan dosa2 kamu dan dimasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai2 dan tempat tinggal yang baik di Syurga ‘Adnin, itulah keberuntungan yang maha besar. Ada lagi yang lain yang kamu sukakannya..bantuan dari Allah dan kemenangan yang dekat, dan gembirakanlah orang2 yang beriman.
(as Shaff: 10-13)
 

Mulia itu Hanya Islam.. 16/01/2011

Filed under: tatapan Hati — JuNDub JuNaDah @ 1:42 AM

Kami adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sekiranya kami mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang telah dijanjikan Allah(Islam), kami pasti akan dihina Allah.

Umar Ibnu Al-Khattab

 

Zuhudlah kamu kepada dunia.. 15/01/2011

Filed under: gagasan Hikmah — JuNDub JuNaDah @ 11:28 PM

Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu.

Ulama’

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.