._Palestine Always in Our Hearts_.



Zaman berputar,tahun silih berganti dlm kehidupan kita, dan sekarang bermula pula tahun yg baru. Ramadhan membukakan pintu-pintu madrasahnya yg menjanjikan sepenuh kebaikan kepada semua pelajarnya. Ia mengajak mereka meninggalkan akhlak yg rosak yg telah lama bersebati dgn mereka atau secara tiba-tiba melewati mereka pd tahun yg lalu. Ia menyuruh meniggalkan akhlak-akhlak itu jauh di belakang mereka tatkala telah masuk ke pintu madrasah Ramadhan. Rasulullah bersabda:
‘’Barangsiapa yg tidak meninggalkan cakap bohong dan masih beramal denganya, maka Allah tidak berhajat dgn amalanya yg meniggalkan makanan dan minumannya.. (hadis riwayat al-bukhari)
Ramadhan menyuruh mereka membekalkan diri dgn persediaan yg lengkap dan bergegas masuk ke dalam laman Ramadhan yg harum semerbak untuk mempelajari ilmu dan beramal sambil berbekal dgn ketaqwaan dan kefahaman.
Sistem Madrasah Ramadhan Dan Hadiah-Hadiah Lumayan.
Madrasah Ramadhan mempunyai system yang halus dan ketat. Tidak boleh menyanggahi atau melampaui batasannya. Semua org msti berusaha untuk mempraktikkan sistem-sistem ini dgn sempurna mungkin. Mereka hendaklah menjauhkan makanan dan yg berkaitan dengannya,bermula dari azan subuh, dan hendaklah berbuka puasa serentak dgn azan maghrib. Pada siang dan malamnya,hendaklah mengikuti sekadar yg mereka terdaya sukatan-sukatan pelajaran madrasah yang harum mewangi iaitu:
Ø Bersolat secara jemaah
Ø Membaca al-Quran yg penuh keberkatan
Ø Berusaha membuat amalan yg berfaedah
Ø Mengambil berat hal ehwal masyarakat melalui amalan yg soleh
Ø Menafkahkan harta-harta yg halal yg Allah berikan kpd mereka
Ø Beribadat malam hari dgn mengerjakan solat tarawih dan menghidupkn malam al-Qadr
Ø Mengeluarkan zakat fitrah
Ø Menghubungkan silaturrahim
Ø Berdoa kebaikan untuk diri sendiri,pasangannya,ibu bapanya,anak-anaknya dan orang-orang mukmin. Jika orang yang berpuasa diherdik oleh seseorang atau diajak bergaduh maka jaganlah dia menghadapinnya,serta katakanlah: sesungguhnya saya berpuasa,sesungguhnya saya berpuasa.
Dibolehkan berlumba-lumba dalam madrasah Ramadhan. Perlumbaan adalah dituntut dan disukai dengan tujuan mencapai matlamat serta mendapat kemenangan dan kejayaan yang nyata.
Pada setiap sepuluh hari dalam bulan Ramadhan ada jadual dan perjanjian tamatnya setiap satu peringkat daripada beberapa peringkat ujian, dan pada setiap peringkat itu diumumkan keputusan-keputusannya..
ü Pada sepuluh hari yg pertama bulan Ramadhan, iaitu sepertiga yg awal, diserahkan sijil rahmah.
ü Pada pertengahannya iaitu seperti yang kedua, diserahkan sijil maghfirah(keampunan)
ü Pada akhirnya, iaitu sepertiga yang ketiga diserahkan sebesar-besar sijil iaitu pembebasan daripada api neraka.
Kemudian pada hari raya adalah hari graduan dan penyampaian hadiah. Pada hari itu malaikat berdiri di setiap persimpangan jalan sambil mengalu-alukan orang yang menunaikan solat hari raya. Mereka berkata :”Demi sesungguhnya kamu telah diperintahkan supaya berpuasa lalu kamu pun berpuasa. Yakni kamu telah berjaya dan mendapat kemenangan. Maka layaklah kamu mendapat hadiah-hadiah daripada Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Dia menyuruh kamu melakukan kebaikan kemudian Dia memberikan ganjaran-Nya dengan pahala yang b esar. Maka terimalah hadiah-hadiah kamu,’’sebagaimana yang telah diberitahu kepada kita oleh Rasulullah saw bahawa orang yang telah berpuasa mendapat dua kegembiraan : Kegembiraan yang pertama ialah ketika dia berbuka puasa disebabkan dia telah menyempurnakan ibadatnya selamat daripada segala yang merosakkan , dan kerana semasa hari raya dia dapat menikmati makanan yang enak serta lain-lain lagi tanpa membazir dan melampaui had. Kegembiraan kedua iailah ketika dia brtemu Allah. Maka pada hari itu orang yang berpuasa akan melihat ganjaran-ganjaran besar yang tersimpan bertalu-talu datang kepadanya disebabkan oleh puasanya. Bukankah puasa itu kerana Allah dan Allah lah yang memberikan ganjaran-Nya?
Manusia Di Ciptakan Tak Pernah Lengkap Dan Selalu
Kalah Bila Datang Nya Ujian..
Dan Ujian Terbesar Ialah
Nafsu …Terutama Bila Waktu Remaja…
Sebab Dia Sedang Mencari Identiti…Tanpa Dia
Tau….Islam Sentiasa Mengintai….Harap2 Kalau Remaja
Tersebut Sudi Meminangnya..
Yang Paling Penting Utk Kita Jaga Sekarang…
Hubungan Dgn Allah…Jauhi Maksiat Dan Dosa Kerana Ia Hijab
Antara Iman Dgn Allah….. Makin Byk Tompok Hitam,
Makinlah Allah Tidak Memandang….
Bila Allah Tak Pandang…Siapalah Kita …Umpama
Bangkai Yg Bergerak Semata2…
Jagalah Ibadah Mu….
Ialah Pengikatmu Dgn Allah…..
Ialah Masa Terbaik Utk Mengadu Kelemahan Mu….
Dan Ingatlah…
Bila Engkau Selalu Bersamanya…
Engkaulah Manusia Paling Bertuah…Kerana
Engkau Bersama Penciptamu…
Dan Krn Kau Bercinta Dgn
Kekasihmu Yg Sebenar!!!
Walau Engkau Tiada Sesiapa Yg Memperdulikan Mu Di
Dunia…Tapi Engkau Masih Ada Dia Utk Engkau
Mengadu…
Permata Ku…
Jagalah Syaksiahmu…..
Ianya Cermin Seorg Remaja…
Cantikkan Syakhsiah Mu…Cantik Pula Segala2 Pada Mu..
Maka Jagalah Segala Nikmat Allah Pada Mu..
Jagalah Matamu…
Ia Menjadikan Hatimu Tenteram…
Jagalah Telingamu….Engkau Akan Sentiasa Tenang Krn
Tak Ada Apa Yg Bakal Mengganngu..
Jagalah Mulut Mu…
Kalau Cakap Itu Umpama Perak….Maka Diam Mu Itu
Umpama Emas…
Yg Terpenting Jagalah Hati Mu…
Dari Situ Tercetus Segalanya…
Sahabatku…
Jgn Tersilap Dlm Memilih Kawanmu……Dan
Contoh Yg Di Murkai Allah…Walau Contoh Itu Ayah Mu
Atau Ibumu Walau Contoh Itu Abang2 Mu…
Masa Muda Bakal Pergi…Kita Juga Akan Pergi
Mengadapnya… Persolannya>>
Bagaimana Jika Masa Muda Kita Dijemput??
Mula….Hati..
Jaga Hubungan Dgn Allah…Dan Jauhkan Hubungan Yang
Tak Sepatutnya Dgn Buka Muhrim….Jgn Msg Atau Telefon
Dgn Seseorg Yg Tak Sepatutnya Krn Itu Lubang2 Zina Dan
Lubang2 Setan..
Jaga Akhlakmu…..
Tundukkan Pandangan Mu..
Hiasilah Dirimu Dgn Malu….
Maka Prevention Is Better Than Cure!!!
Habiskan Masa Dgn Alquran Dan Mata Pelajaran.
Contohi Org Yg Mampu Bantu Kita…
Walau Kita Tau Org Itu Juga Ada Kelemahan..Tapi Kalau
Dia Mampu Bawa Kita Pada Allah,Apa Salahnya!!!!!
Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya…
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, ”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ”Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”
Surah Al-Ankabut;2-3
Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, ”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”
Surah Al-Baqarah;216
Kita bertanya:Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, ”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”
Surah Al-Baqarah;286
Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?
Quran menjawab, ”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
Surah Ali Imran;139
Kita bertanya:Bagaimana harus kumenghadapinya?
Quran menjawabnya, ”Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
Surah Al-Baqarah;45
Kita bertanya:Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,”Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal”
Surah At-Taubah;129
Kita bertanya:Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab, ”Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
Surah At-Taubah;111
Kita bertanya, Aku tak tahan!!!
Quran menjawab, ”….Tiada berputus asa dari rahmat Tuhan-Nya, kecuali orang yang sesat.”
Surah Al-Hijr;56
Kita bertanya:Sampai bila aku akan merana begini?
Quran menjawab,”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
Surah Al-Insyirah;5-6
Recent Comments